DEMI MASA

Rabu, 28 November 2012

SELAGI MASIH ADA...

berkawanlah selagi ada hati...
bercintalah selagi ada yang sudi..
bergembiralah selagi ada teman disisi...
berilah kemaafan selagi dikau hamba ilahi...

alaskan bantalmu dengan kejujuran..
selimutkan dirimu atas tilam penuh keiklasan...
moga lenamu dalam keimanan..
dan jagamu dalam ketakwaan..
bangunkan duniamu dan jangan rebahkan akhiratmu...

pahit bersabar madunya redha..
perit berusaha dimanisi tawakal...
susah diuji bertambah takwa..
rintih mukmin hanya padanya...



Isnin, 26 November 2012

pengalaman aku sebagai seorang CLEANER.. ;)

alhamdulillah pejam celik pejam celik akhirnya da tamat sudah sem3....kali ni aq cuty sem sebulan lebih ja..tak macam sem lepas sampai dua bulan tu hohoho...ermm mase awal2 cuty ingat nak keje tapi tk thu la nak keje ape...sehinggelah Allah pertemukan aq dengan satu iklan keje nie...die tulis kat situ "kerja kosong cleaner jika berminat sila hubungi dot........" cmtu la tulisnye..aq pon amik la no tepon dan tepon owg tu...akhirnya aq diterima bekerja selama sebulan di UPNM... mmg bangga r time tu kan...universiti yang selama nie aq impikan ntok masuk.... akhirnya dapat jugak aq jejakkan kaki ni,,,tapi bukan sebagai pegawai kadet tetapi seorang 'cleaner' hehehe...tkpa la kan... ok la tu,,,

mase mula2 keje tu kekok gak ar...aq ingatkan ramai la pekerja nye..dan trnyata mmg ramai pekerja tapiii...sume pompuan da...lelaki ade sowang je tu..sdey doh..hmmm aq di tempatkan kat kawasan bengkel bersama dengan sowg pak cik...name die pak cik hasan...wlaupun bru jumpa tpi die tk la sombong....baru2 jumpe da gelak2 haha..best r,,pak cik hasan yang ajar aq ape yang kene buat..nak cuci ape?/ nak mop ape?? sume die tunjukkan,,,,

setiap pagi kerja aq...datang tandatangan jdual kedatangan...pastu jalan kaki g ke bengkel...kat sana keluarkan barang2 pastu gerak p dewan pendekar..kne bersihkan tandas dan susun kerusi...dewan tu tak la besar mane pon..lebih kurang dewan serba guna kat uitm tu ja...lepas da siap kat dewan...gerak kat bengkel pulak...kje kat sana bersihkan tandas dan sapu2 je..ade 3 buah bengkel kat situ...lepas da siap sume tu aq ngan pak cik hasan duk kat bengkel hidro-apetah aq lupe....tpi kat situ r kteowg lepak lpas habis keje...
jurutknik kat situ pun ok je...dowg tk kesah kteowg lepak...

ingatkan susah la kje cleaner ni...tapi bile da keje senanggg gilerrr doh...kadang2 sampai bosan...tk thu nak watpe..jadi duk lepak je la... :) mase keje aq dari hari isnin sampai jumaat...ary sbtu half day...mase rehat pulak kul 10 hingge 10.30 dan kul 12.30 hingge 2.00.... ook la tu kan....haa ary sabtu aq tak kje kat bengkel...aq tolong2 mak cik2 cleaner kat bangunan kelas...kadan2 kteowg buat waterjet....bestt,,huhu..
mak cik kat situ pon ok ..sume baik2...owg kate tkde hal la kalo kite baik ngan dowang..dowg pon baik ngan kita :)

diam tk diam akhirnye da tinggal 4 hari je lagi aq keje cleaner ni,,,eh da nak sebulan la ye..cepattnye..tu la pnglaman aq sbagai seorang cleaner... :)

Ahad, 25 November 2012

harapan

"wahai orang2 yang beriman bertakwalah kamu dengna sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu mati dalam keadaan kamu beriman" 

setiap makhluk Allah yang bernama insan pasti akan melakukan kesilapan dalam hidupnya...tidak ada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW..dan setiap orang yang melakukan kesilapan mempunyai hak untuk mendapat peluang yang kedua dalam hidup dia...peluang itulah yang akan dia gunakan untuk memperbaiki kehidupannya untuk menjadi seorang insan yang terbaik dan disayangi oleh Allah...

kehidupan kita sebagai manusia boleh diibaratkan sebagai seorang pedagang yang menaiki sebuah bahtera dan berlayar di lautan yang sangat luas...dan bumi diibaratkan sebagai sebuah pulau yang menjadi tempat persinggahan sementara bagi mencari sumber2 yang dapat dijadikan bekalan untuk menyambung pelayaran...bagi mereka yang tidak lupa dan alpa dengan kemewahan yang diberikan maka dia akan beroleh sebuah kenikmatan yang teramat mulia disisi Allah..tetapi bagi mereka yang melupakan Allah setelah mendapat segala kenikmatan di dunia bagi nya adalah Neraka yang bahan bakarnya adalah dari manusia dan jin... sadakallahulazim

suke2

salam sume... haiii appe kabor..lame da aq tk nulis kat blog nie kan...kalo rumah da bersawang da nie nasib baik blog haha...al maklumlah ana sibuk je memanjang...hmm kali ni aq nak kongsi sebuah sajak...wahhh da jadi penyajak pulak ke?? msti kowg pkir cmtu kan hahaha....tkdalah ary tu aq terbace stu pertandingan anjuran uitm perak...prtandingan mencipta sajak untuk uitm..jadi aq try2 je...owg kate tk cube kite tak thu kan haha tu yang aq tulis sajak nie...tapi sajak tak la gempak mane pon sekadar suke2 je....korang bace la ye..kalo faham angguk kalo tk faham KITE BAKOR JE hehehehe.... :)

 “UITM DIHATIKU”
Uitm dihatiku
Berdirinya kau dengan megahnya
Gah di persada dunia
Wujudmu disini
Di tanah ibu pertiwi
Sebagai payung memayungi anak-anak bangsa
Uitm dihatiku
telah beribu cendiakawan yang kau lahirkan
telah banyak pengorbanan yang kau berikan
namun namamu tidak pernah ku lupakan
uitm dihatiku
hadirmu bagai obor harapan
yang menerangi hidup anak bangsa
memberi panduan kepada seribu satu kejayaan
uitm dihatiku
setiap pengorbanan yang kau berikan
setiap titik peluh yang kau curahkan
kepada anak-anak bangsa
tidak akan pernah dilupakan
kerana UITM sentiasa dihati kami
usaha, takwa, mulia
itulah pegangan kami
   
best tak ???? B)



Rabu, 12 September 2012

mencari CINTA..

sekiranya kita CINTA kepada manusia...

tidak semestinya manusia CINTA kepada kita..

sekiranya kita CINTA kepada Allah..

nescaya CINTA Allah tiada penghujungnya...

sekiranya kita CINTA kepada manusia..

kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita CINTA..

tapi...

sekiranya kita CINTA kepada Allah.,,

kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan CINTAnya kepada Allah juga..

Isnin, 27 Ogos 2012


PESANAN AL QAMAH

 “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut. ” 


1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung- hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


mencintai sahabat kerana Allah :)

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “ Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “ Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu ”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya ?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah ”. (Hadith riwayat Muslim). Sahabat yang menunjukkn kebaikan kepada kamu, adalah sahabat yg baik. Dan sahabat yang menunjukkn kesalahan kamu, adalah sahabat yg paling baik



Ahad, 19 Ogos 2012



NAK TAHU SAPE AKU >_<



ha ni la aq...tk salah lagi hahah...takpa2 korang jangan buat2 terkejut beruk...nty owg tgk malu haha
my name muhammad shukri bin roslan...berasal dari melaka...lahir 18 mei 1993 kat Hospital Besar Melaka....
aq anak sulung dari 3 orang adik beradik...aq bukan la anak owg kayee dan bukan jugak anak owg miskin kat tgh2 ja...
nothing special about me...cume berharap satu ary nty aq dapat berubah jadi lebih baik daripada sekarang nie insyaAllah... :)

Sabtu, 18 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA


assalamualaikum sume...alhamdulillah hari ni kita da pun sampai ke bulan syawal bulan yang mulia dan dikhaskan buat umat nabi Muhammad saw...hari ini sume orang akan bermaaf-maafan walaupun tak kenal antara satu sama lain...so aq nak amik kesempatan ni untuk minta ampun dan maaf kat korang kalo2 ade salah silap sepanjang perkenalan kita sebagai seorang kawan....sebagai manusia kita tidak lari dari melakukan kesilapan dan orang yang terbaik adalah orang yang dapat memaafkan kesilapan orang lain... :) 


setiap yang bermula pasti akan berakhir..setiap yang bertemu pasti akan berpisah...itulah lumrah kehidupan..hari ini kita bersyukur kerana masih dapat menghadirkan diri dalam bulan Ramadan yang penuh hikmah tapi hari ni ramadan telah meninggalkan kita...harap2 dapat bertemu dengan ramadan yang akan datang..insyaAllah huhu...

Selasa, 14 Ogos 2012

MY FRIENDS :)

If one day you feel like to crying...
call me..
i don promise that i will make you laugh but i can cry with you...

If one day you want to run away...
don afraid to call me...
i don promise to ask you to stop but can run with you...

If one day you don want to listen to anyone...
call me...
i promise to be there for you...i promise to be very quite..
but...

If one day you call me and there no answer...
come fast to see me..
perhaps i need you..
or..
maybe i was gone forever and never come back again...